Tuesday, November 11, 2014

Hidup Ini Banyak Cabaran

"Pelepasan Jawatan"


Hai...hari ni sibuk duk urus surat pelepasan jawatan...Banyak kene buat.Dahla meeting je keje ari ni,mane sempat nak buat itu,ini..Oklah,ini surat pelepasan jawatan aku kat Jabatan Penerangan ni..maklumlah dah nk chow...hihi

Good Bye!^^
Jom sambung cerita yea....

First time aku terima surat tawaran dari Hospital USM, hati melompat2 gumbira..yelah, umur baru masuk 22tahun, dah enter gomen!First day aku lapor diri....aku jumpe n abg senior yang dpt jwtn sama n aku..serba serbi dia tau..Aku ingatkan dia dah lama keje,rupenya..sama mcm aku,baru lapor diri..perghh!!Hampeh tul!

Aku diberi sedikit sebanyak penerangan oleh staf kat situ,namanye En aziz.Baik orangnya...semua tempat dia bawa melawat,sampai wad orang psikiatrik pun pegi!!hahaha kelakar pun ade..staf pompuan kat situ ramai la jugak..tapi diorang dah kakak2,aku yang paling muda kat situ..banyak la jugak tunjuk ajar dari diorang ari tu..aku risau sebenarnya sebab aku tak biasa keje kerajaan ni...dgr2 mereka tak suka budak hingusan,so nanti kene buli..Alhamdulillah,mereka semua baik2..

Bermula hari tu,macam2 pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi...Aku dapat best buddy..dapat kakak,abg yang boleh membantu aku dalam hal kerja. Aku ditugaskan untuk menjadi emcee majlis setiap kali perhimpunan pengarah, lawatan pelajar dan macam2 majlis. So, dari situ aku belajar utk lebih yakin dan semangat dalam setiap tindakan yang aku buat. Dalam masa yang sama, aku tengah sambung degree kat Shah Alam,banyak jugakla cuti tahunan terpaksa digunakan untuk menghadiri kelas. Dari segi keje, aku rase sangat berpotensi utk menambah lebih banyak pengetahuan, tapi jika dihitung dari segi kerjaya masa hadapan...aku tak nak stuck kat sini sampai tua. Aku sentiasa cari ruang dan peluang utk terus naik. Hampir 2 tahun aku keje di HUSM, aku layak untuk mendapat taraf tetap dan berpencen. Walhal orang lain terpaksa menerima taraf tersebut selepas 3 tahun berkhidmat. Banyak program dan kursus aku hadiri,sampaikan aku menjadi fasilitator bagi Program Transformasi Minda yang dikelolai oleh Hospital dan BTN. Banyak pengalaman yang aku  ambil ketika bekerja di sini. Alhamdulillah,bos aku pun sangat membantu terutama bab motivasi nih.Dia banyak memberi galakan dalam pelajaran aku. 

Sepanjang kerja di HUSM ni, aku pernah amik KPSL Penolong Pegawai Tadbir N22, dah pegi exam tapi kandas satu paper. Yang aku pelik, orang kat BPSM siap bagitau aku..."Nape amik exam ni yea?Sedangkan jawatan awak Pegawai Khidmat Pelanggan N17, memanglah jawatan tu dah jumud, tapi kelayakan untuk N22 tak sama dengan perjawatan awak skg.." katanya. Hal itu buat aku frust giler...Pada pendapat aku,kalau macam tu, aku dan rakan-rakan lain...yang jawatan PKP N17 ni sampai bila2 pun takkan leh naik jwtn N22????So, buat ape aku belajar amik sampai degree tapi tak dapat kenaikan pangkat?

Start dari situ,aku apply jawatan di website SPA8. Aku nekad untuk pergi lebih jauh dari apa yang aku lalui sekarang...memang tak salah kalau mencuba kan?Rezeki tu di tangan Allah SWT. "Allah SWT tidak akan menolong sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak berusaha untuk mendapatkannya". Jadi bermulalah titik pencarian kerja aku lagi....


Ok, jap lagi nak masuk meeting...aku sebagai SU kehormat kan...kene la on-time!Oklah setakat ni dulu tuk ari ni...bubye!^^

p/s: Belanje gambar2 kat Hospital USM yea...

Geng PRO di HUSM

LawatanLawatan Kerja YABhg. Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Geng2 happy-go-lucky

Time Sukan HUSM

1 st Time jadi Emcee (Program Aerobik)

Emcee Perhimpunan Bulanan Pengarah

Lawatan YABhg. Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor (Jadik Emcee Kehormat)

Emcee utk YABhg. Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor dan kerabat diraja Kelantan.

Fashion Show utk AGM Pelangi HUSM

Ni la bos aku...yg sporting!!

Bersama big boss dan AJK PRO utk event.

Ni pose mengada2 with geng PRO

With My Best Buddy,n ex-Boss

Jadik fasilitator utk Program Transformasi Minda

Ahli Jawatankuasa PELANGI HUSM

Persembahan Nyanyian sempena Majlis Hari Raya 2012

Geng2 PRO yang bertindak sbg AJK protokol majlis Raya

My Best Buddies!!!

Artis jemputan Majlis Persaraan


No comments:

Post a Comment